Jalan cerita Gilderoy_Lockhart


Amaran Spoiler: Terdapat penerangan plot atau penamatan yang mungkin anda masih belum ingin mengetahuinya.


Gilderoy Lockhart dikecam sebagai penakut kerana mengelakkan diri dari memasuki ke Bilik Rahsia lalu membongkar rahsia penipuannya selama ini yang karyanya adalah hasil titik peluh perjuangan orang lain yang dicuri kisahnya. Mantera memori diberi kepada mereka untuk menggunakan pencapaian mereka sebagai kejayaannya. Apabila beliau cuba menghapuskan memori Ron Weasley, mantera tersebut berpatah balik dan mengena dirinya kerana disebabkan tongkat sihir Ron yang telah patah. Lalu, ingatan Gilderoy terhapus dan dihantar ke Hospital St. Mungo untuk Kecederaan dan Penyakit Ajaib. Pada Krismas 1995, Harry Potter terserempak Gilderoy di hosital tersebut dan masih dalam proses pemulihan ingatan. Beliau masih menerima surat dari peminat walaupun ketika ini dia tidak tahu mengapa dia menerima surat tersebut.